Thursday, July 29, 2010

Daging Goreng Berkentang...

Salam,

Ini juga masakan yg simple. Just goreng2 jer. Fiza bukanlah seorang yg suka makan makanan yg rumit2 utk dimasak, setakat makanan goreng, sup, gulai..macam tu jela. Lagipun ada anak kecik ni tau2 sajalah, kalo masak lame2, dia x mau nk duduk diam sb maybe boring menunnggu kot. Akhirnye menangis tak berlagula jawabnye. Nak tak nak kena masak cepat2la. Kla, resepi yg fiza nk share very simple yer, malula plak rasenye tp xpe sb ni kan menu at home. Jadi x kesahla kan.

Bahan-bahannye:

1) Daging dihiris nipis
2) Bawang putih dan bawang merah
3) Bawang besar
4) Cili besar
5) Ubi kentang dihiris nipis- digoreng garing
6) Kunyit
7) Garam dan bahan perasa

Selamat mencuba yer

Ayam Masak Kicap..

Salam dan selamat petang,

     Hari ni fiza nak berkongsi masakan yg simple2 je dgn kawan2 internet. Masakan ni rasenye semua orang pernah buat kot iaitu ayam masak kicap. Biasanye budak2 cukup suka la masakan ni tp anak fiza pelik sikit, dia hanya makan nasi dgn telur mata kerbau je takpun nasi ayam dgn sup kosong. Ayam pun dia x makan tambah2 kalo masakan tu pedas. Sebelum makan dia mesti tanye dulu pedas ke tdk. Kalo pedas alamaknye memang dia takkan jamah langsungla. Budak2 kan, lagipun anak fiza baru 4 tahun lebih. Tapi badan dia maintain, tak pernah kurus sejak dari lahir sampai sekarang. Maybe sebab kuat minum susu kot. Panjangla pulak fiza bercerita, kla, kat bawah adalah resepinye yer. Mudah jer

Bahan-bahannyer:

1) Ayam
2) Bawang putih dan bawang merah
3) Bawang besar
4) Cili besar
5) Cili kering
6) Kicap
7) Garam,gula dan bahan perasa

Selamat mencuba

Wednesday, July 28, 2010

Nasi Ayam Madu Special...

Salam ceria semua,

     Ini menu masakan tengahari fiza. Beberapa hari yg lepas fiza dah masak nasi ayam tp bukan ayam madu. Kali ni fiza buat ayam madu pula sebab hubby fiza yg request. hehehe. Ok jgk tu sb fiza x perlu nak masak banyak lauk kan. Mudah je nak buat nasi ayam ni maybe dalam sejam dah siap semuanyer termasukla nasi nye sekali. Kiranye kalo masuk dapur pukul 11, pukul 12 dah siap masak dah. Lepas tu dah boleh relax sambil belek2 blog plak. Hehehe. Kla, kat bawah ni fiza share lan resepi utk ayam madu yer. Resepi utk bahan2 yg lain2 spt kicap, sup dan sambal tu, boleh tgok kat n3 menu nasi ayam kat post fiza sblum ni yer. Tq

 Bahan-bahannye:

1) Ayam seekor
2) Bawang putih
3) Halia
4) Kicap
5) Madu
6) Garam dan bahan perasa

cara-caranye:

1) Perap ayam dengan bawang putih yg telah dikisar bersama dgn 
   garam, kicap,halia dan madu
2) Biarkan seketika kemudian rebus sebentar ayam bersama bahan 
   perapan td. Masukkan sedikit sup ke dalam ayam. jgn terlalu 
   lame bimbang overcook
3) Panaskan kuali dan goreng ayam td sehingga keperangan. Tak
   perlu digoreng terlalu kerana daging ayam telahpun masak
4) Sedia utk dihidang bersama bahan2 yang lain


Selamat mencuba

Ayam Masak Merah Bersantan...


Salam,

    Menu kali ni pula ialah Ayam masak merah bersantan. Resepi utk menu kali ni sama sahaja dengan menu ayam masak merah cuma ia hanya di tambah dengan santan bagi memekatkan kuahnye dan melazatkan lagi masakan ini. Sesiapa yg belum pernah membuat ayam masak merah dengan santan, bolehla mencuba masakan ini. :)



Selamat mencuba yer.

Sayur Kacang Goreng Berlauk...

Salam semua,

Ini pulak menu sayur kacang goreng berlauk. Rasenyer semua orang boleh buat masakan ni kat rumah sebab ianya cukup mudah utk disediakan. Rasaya tak perlu letak resepi pun takpe kot. Hehehe. Just letak gambar je k. Selamat mencuba di rumah

Udang Kepai Masak Cabai...

Salam semua,

Ini pula menu yg fiza jarang2 buat sebab hanya hubby fiza sorang je yg gemar menu ni. Kalau balik Kedah, mak mertua selalu jugak buat masakan ni dan selalu jugak mak mertua kirimkan udang kepai bawak balik. Kla, nila keadaan udang kepai bila sudah dimasak. Resepinye lebih kurang macam masakan udang masak pedas jugak.

Selamat mencuba yer

Lala Masak Tumis Berserai..

Salam ceria semua,

Waktu2 petang macam ni memang buat fiza mengantuk, jd untuk menghilangkan rasa mengantuk ni lebih baik fiza post menu yg seterusnye ni. Menu tersebut seperti yg tertera pada title post iaitu Lala masak tumis berserai. Resepi seperti di bawah. Cuba jgn tak cuba. Sedappp


Bahan-bahannye:
1) Lala stgh sekilo
2) Bawang merah dan bawang putih
3) Serai
4) Cili kering 
5) Belacan
6) Air asam jawa
7) Garam, gula dan bahan perasa

Cara memasak:

1) Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus bersama cili 
   kering
2) Serai diketuk
3) Tumiskan bawang merah dan putih beserta cili kering yg telah 
   ditumbuk sehingga pecah minyak
4) Masukkan serai yg diketuk bersama dgn belacan dan air asam  
   jawa
5) Last skali masukkan lala dan bahan no 7. Biarkan seketika dan 
   sedia utk dihidangkan



Tuesday, July 27, 2010

Ayam Masak Merah...


Salam ceria semua,

Ini pulak masakan yg fiza masak utk lunch menu. Menu ni slalu jugak fiza masak sb memang ia antara favourite kan. Seperti yg telah fiza bagitau sblum yg masakan pedas sering menjadi pilihan. Menu ini adalah antara menunya. Kla, di bawah resepinye k. Daaa

Bahan-bahannye:

1) Ayam seekor
2) Bawang putih dan bawang merah
3) Cili kering
4) Halia
5) Kunyit
6) Tomato
7) Bawang besar
8) Sos cili
9) Air asam jawa
10) Garam, gula dan bahan perasa

Cara-caranye:

1) Perap ayam dengan garam, bahan perasa dan kunyit. Selepas itu goreng ayam
2) Blend semua bahan2 dari 2-4
3) Tumis bahan2 yg telah diblend sehingga naik bau dan pecah minyak. Kena tumis biar
lama supaya cili kering yg dikisar betul2 masak
4) Masukkanpulak sos cili dan air asam jawa
5) Masak sehingga pecah minyak dan masukkan pulak bahan 10
6) Bila dah masak masukkan tomato dan bawang besar yg telah dihiris tebal
7) Last sekali masukkan ayam yg telah digoreng td dan gaulkan bersama sambal
8) Sedia utk dihidang

Selamat mencuba

Udang Masak sambal Petai


Salam,

Ini pula masakan udang sambal petai yg menjadi kegemaran abang fiza. Kalo diletakkan petai byk2 lagi sedappp rasenye. Bila dimakan dgn nasi panas2...wow sungguh menyelerakan.

Bahan-bahannye:

1)Udang dibuang kulitnye
2) Bawang putih dan bawang merah
3) Cili kering
4) Bawang besar dan cili besar
5) Halia
6) Belacan
7) Air asam jawa
8)Petai
9) Garam,gula dan bahan perasa

Cara-caranye:

1) Blend bahan dari 2-5
2) Tumis bahan yg di blend sehingga nai bau
3) Masukkan air asam jawa dan belacan
4) Masukkan petai yg telah dihiris. Biarkan mendidih seketika
5) Masukkan udang dan letakkan bahan 9
6) Lat masukkan hirisan bawang besar dan cili besar
7) Sedia utk dihidangkan

Selamat mencuba

Daging Masak Blackpepper...


salam semua,

Kali ni fiza nak share menu daging pulak. Menu kali ni ialah daging masak blackpepper. Perlu pastikan daging yg hendak dimasak mestilah daging yg empuk cthnye daging batang pinang. Biasa fiza masak masakan ni utk makan waktu lunch atau dinner. Tp terpulang kepada individu masing2 waktu bila hendak menyediakannye. Di bawah fiza catitkan resepinyer.

Bahan-bahannye:
1) Daging batang pinang
2) Bawang putih dan bawang merah
3) Bawang besar
4) Cili besar
5) Serbuk blacpepper
6) Kunyit
7) Halia
8) Garam dan bahan perasa

Cara-caranye:

1) Perap daging dgn kunyit, garam dan serbuk blackpepper
2) Tumiskan bawang putih dan bawang merah serta halia yg telah dihiris halus
sehinnga naik bau
3) Masukkan daging yg telah diperap td
4) Masukkan sedikit serbuk balckpepper utk menambah kelazatan dan masukkan garam dan
bahan perasa
5) Lastly masukkan hirisan bawang besar dan cili besar
6) Sedia utk dihidang

Selamat mencuba
4)

Udang Masak Pedas..


Salam ceria semua,

Menu fiza seterusnye adalah udang masak pedas. Fiza cukup suka masak masakan yg pedas2 ni. Tak tahulah kenapa maybe memang suka makan yg pedas2 kot tambah2 plak hubby pun suka. Jadi menu yg pedas2 slalu jugakla jadi pilihan. Untuk memasak menu ini seelok2nye gunakan udang yg bersaiz besar, kalo ada udang galah lagi sedap. Hehehe.
Kla, di bawah ni resepinye k.

Bahan-bahannye:

1) Udang bersaiz besar
2) Bawang putih dan bawang merah
3) Bawang besar
4) Cili kering
5) Halia
6) Belacan
7) Air asam jawa
8) Sos cili
9) Garam, gula dan bahan perasa

Cara-caranye:

1) Tumbuk atau blend bahan di no 2-5
2) Tumis bahan2 yg telh di blend sehingga pecah minyak
3) Masukkan belacan dan air asam jawa
4) Masukkan sos cili
5) MAsukkan udang dan selepas itu masukkan garam,gula dan bahan persa
6) Bila hampir masak masukkan hirisan bawang besar
7) Sedia utk dihidang

Selamat mencuba

Kailan Ikan Masin...



Salam semua,

Ini pula menu kailan ikan masin. Ni juga antara sayur kegemaran kami. Biasanya utk menambahkan lg sedapnye ialah dgn meletakkan ikan masin lebih sedikit. Tetapi bukanlah terlalu banyak sb nanti terlebih masin plak kan. Untuk memasaka kailan ikan masin bukanla susah, simple sgt caranyer. Kla, di bawah adalah resepinye.

Bahan-bahannye:

1) 1 ikat sayur kailan
2) Bawang putih
3) Ikan masin ( ikan tenggiri)
4) Cili padi
5) Belacan
6) Sedikit garam dan Bahan perasa

Cara-caranye:

1) Tumis bawang putih sehingga naik bau
2) Masukkan ikan masin dan goreng seketika
3) Masukkan sedikit belacan dan masukkan pula cili padi yg dihiris atau diketuk
4) Masukkan sedikit garam dan bahan perasa
5) Last sekali masukkan sayur kailan dan gaul bersama bahan td
6) Masak dan sedia untuk dihidang

Selamat mencuba

Ketam Masak Lemak Cili Api..


Salam semua,

Menu seterusnye yg fiza nak share ialah Ketam masak lemak cili api. Menu ni adalah antara menu favourite kami sekeluarga. Tapi tak boleh makan selalu takut nanti kena penyakit Gout. Hehehe. Merbahaya tu. Kla di bawah adalah resepi fiza yg fiza nak share bersama. Maybe resepi orang lain di luar sana berbeza dgn resepi fiza. That's why fiza ingin kongsikan bersama.

Bahan-bahannye:

1) Ketam besaiz besar 3 ekor
2) Bawang putih dan bawang merah
3) Santan
4) Kunyit hidup
5) Cili padi dan cili kering
6) Lengkuas
7) Serai- terpulang kpd individu nak letak ataupun tidak
8) asam keping
9) Garam, gula dan bahan perasa

Cara-caranye:

1) Blend semua bahan2 di ats kecuali santan dan asam keping
2) Masukkan bahan2 yg telah di blend ke dlm periuk bersama2 dgn santan
3) Biarkan mendidih dgn api yg kecil. Masukkan asam keping
4) Masukkan ketam dan bahan di no 9. Biarkan mendidih sehingga ketam masak
5) Sedia untuk dihidang

Selamat mencuba dan menjamu selera bersama keluarga

Ayam Masak Lemak Kuning...


Salam ceria semua :)

Hari ni fiza nak share menu fiza yg seterusnye iaitu ayam masak gulai lemak kuning. Menu ni fiza blajar dari mak mertua fiza. Mak mertua fiza orang Kedah,fiza pulak orang Kelantan, jadi bolehla berkongsi idea memasak tu sb berlainan negeri kan. Kalo asyik cuba masakan sendiri pun boring jugak kan. Okla, kat bawah ni resepi utk menu fiza k. Sesiapa berminat bolehla mencuba. Free jer. Hehehe


Bahan-bahannye:

1) Ayam seekor
2) Bawang putih dan bawang merah
3) Lengkuas
4) Serai
5) Cili kering dan cili padi
6) Halia
7) Daun limau purut
8) Santan
9) Garam, gula dan bahan perasa
10) Asam keping

Cara-caranye:

1) Blend semua bahan dari 2-6
2) Tumiskan bahan2 yg telah diblend
3) Masukkan ayam, dan letakkan garam, gula dan bahan perasa
4) Biarkan seketiika supaya bahan2 td meresap ke dlm ayam
5) Selepas itu masukkan pula santan. selepas itu masukkan asam keping dan daun limau
purut. Biarkan menggelegak seketika
6) Sedia utk dihidangkan bersama nasi putih


Selamat mencuba

Ikan Bakar Salut Tempoyak..


Salam,

Menu fiza seterusnye adalah ikan bakar salut tempoyak. Biasanye fiza selau bakar ikan macam biasa jer tp kali ni teringin plak nak salut ikan dgn tempoyak. Rasanye sedap jugak tambah2 bila dimakan dgn nasi yg panas2. Cara menyediakannye amatla mudah. Sesiapa pun boleh buat ni, dan kalo makan dgn ulam ulaman pasti kaw2 rasenye.

Bahan2nye:

1) Ikan selar atau kembung
2) Kunyit hidup
3) Bawang putih
4) Garam dan bahan perasa
5) Perap ikan dgn semua di atas dan bakar

Selamat mencuba

Paprik seafood...


Salam semua,

Ini pulak paprik seafood utk hidangan tengahari fiza. Cara menyediakannye cukup mudah dan sesiapa saje boleh membuatnye. Utk membuat paprik yg sedap, pastikan lauk yg dibeli fresh kerana ia akan menambahkan kelazatan paprik. Kla, di bawah adalah bahan2 yg diperlukan.

Bahan-bahannye:

1) Seafood seperti udang dan sotong
2) Bunga kubis
3) Tomato
4) Carrot
5) Jagung muda
6) Cili padi
7) Bawang putih
8) Bawang besar
9) Daun limau purut
10) Garam,gula dan bahan perasa
11) Sos cili

Cara-caranye:

1) Tumis bawang puti sehingga naik bau selepas itu masukkan lauk
2) Masukkan garam, gula dan bahan perasa supaya ia meresap ke dlm lauk td
3) Seterusnye masukkan cili padi, sos cili dan sayuran
4) Biarkan mendidih seketika dan masukkan pula daun limau purut dan hirisan bawang besar
5) Sedia dihidang

Selamat mencuba

Maggie sup spesial...


Salam ceria semua,

Hari ni fiza nak tunjukkan maggie sup spesial yg fiza buat. Actually maggie ni dh lame dibuat tp baru bleh diupload ke dlm blog. Maklumlah blog pun baru di create kan. hehehe. Jadi ni baru berkesempatan. Biasanye fiza selalu buat maggie ni masa waktu petang atau malam. Meggie favourite fiza adalah maggie ayam cendawan jenama MAMEE. Sebabnye maggie ni lmbat sikit kembang compare dgn yg lain2. Tp depend la pada seseorang, ada yg minat jenama lain. Masing2 punyer taste. Kla, kat bwh ni resepi utk maggie tau, jgn lupa share.

Bahan-bahannye:

1) Sebungkus mamee
2) Bawang putih
3) Lauk seperti ayam, udang dan sotong
4) Telur
5) Sayur sawi
6) Bawang goreng
7) Limau nipis

Cara-cara:

1) Tumis bawang putih dan bila naik bau masukkan pula lauk
2) Masukkan perencah maggie dan biarkan mendidih
3) Masukkan telur
4) Masukkan sayur dan meggie dan biarkan seketika
5) Angkat dan hiaskan dgn bawang goreng dan limau nipis
6) Sedia dihidangkan

Selamat menjamu selera

Nasi Ayam Kak Jah...:)


Salam,

Ini pulak nasi ayam yg fiza masak tengahari semalam. Nasi ayam ni tak susah utk dimasak. Bg sesiapa yg agak malas nak masak banyak lauk, boleh mencuba buat nasi ayam ni. Sebab ia hanya satu lauk sahaja, tidaklah rumit utk menyediakannye. Okla, jgn lupa menyalin resepi fiza bg sesiapa yg berminat yer. Heheheh

Bahan-bahannye:

Nasi Ayam

1) Bawang putih
2) Kulit kayu keras, buah pelaga, bunga cengkih
3) Halia
4) Garam
5) Kuah sup ayam

Ayam

1) Ayam seekor
2) Bawang putih (perap)
3) Garam
4) Kicap (perap)
5) Kuah sup (perap)
6) Ayam digoreng atau dipanggang selepas diperap

Sup Ayam

1) Bawang putih
2) Halia
3) Perencah sup bunjut adabi

Sambal cili

1) Cili Besar
2) Limau nipis
3) Garam dan gula
4) Sedikit sup ayam ( semuanye blender bersama)

Kicap Tambahan

1) Kicap sos
2) Sup ayam
3) Bawang putih

Hiasan

1) Salad
2) Tomato
3) Timun

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera

Nasi Tomato....



Salam,

Kali ni fiza nak share nasi tomato yg fiza buat. Tapi fiza tak buat acarnye sebab kalo buat pun hubby fiza x makan sebab x berapa gemar. Jadi fiza hanya buat lauk dan nasinye sahaja. Sesiapa yg berminat ingin membuat nasi tomato, bolehla mencuba yer.

Bahan-bahannye:

Nasi Tomato

1) Bawang putih
2) Bawang besar
3) Kulit kayu keras, bunga cengkih, biji pelaga
4) Tomato pes
5) Garam

Ayam masak merah

1) Ayam Seekor
2) Bawang merah, bawang besar, bawang putih
3) Cili Kering
4) Halia
5) Kacang dlm tin
6) Tomato
7) Cili sos
8) Garam, gula dan bahan perasa


Selamat mencuba

Sunday, July 25, 2010

Mee goreng basah pilihanku...


Salam semua,

Menu fiza kat rumah kali ni ialah mee goreng basah. Menu ni dimasak utk breakfast sebenarnye tp baru sekarang baru dimasukkan ke dalam blog utk dikongsikan bersama. Mee goreng ni bukannye susah utk dimasak cuma untuk menambahkan kelazatannye, kita kena letak banyak laukla, baru mengancam. hehehe. Jom kita lihat bahan2 dan cara2 membuatnye.

Bahan-bahan:

1) Mee sebungkus
2) Lauk seperti ayam, udang dan sotong
3) Telur
4) Bawang putih
5) Cili Padi
6) Sayur sawi
7) Telur
8) Garam dan bahan perasa
9) Gula
10) Daun bawang (hiasan)
11) Bawang goreng (hiasan)
12) Telur rebus(hiasan)
13) Limau nipis


Cara memasak:

1) Tumis bawang putih dan cili padi yg dikisar sehingga kekuningan
2) Masukkan lauk ke dalam kuali bersama bahan yg ditumis
3) Masukkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa dan biarkan seketika supaya ia meresap ke dalam lauk td
4) Tambahkan sedikit air dan biarkan ia mendidih
5) Masukkan sayur sawi
6) Seterusnye masukkan mee dan masukkan telur dan gaul bersama2 mee hingga sebati
7) Sedia utk dihidang bersama bahan hiasan



Selamat menjamu selera.

Gulai Perut...


Salam,

Ini pulak masakan gulai perut yg menjadi kegemaran hubby fiza. Kalau dimakan dengan rendang tok memang kaw2 jadinye. Biasanye sebelah Kedah banyakla masakan ni kot. Ni pun fiza belajar buat daripada mak mertua. Kla, kat bawah bahan-bahan dan cara-caranye.

Bahan-bahan:

1) Perut yg fresh
2) Bawang merah dan bawang putih
3) Cili kering
4) Cili Padi
5) Serai
6) Lengkuas
7) Halia
8) Daun limau purut
9) Santan
10) Garam dan bahan perasa

Cara-cara:

1) Rebus perut sehingga empuk dan hiris kepada segiempat kecil

2) Blender bawang putih, bawang merah, cili kering, cili padi,
serai, lengkuas dan halia


3) Tumis bahan2 (2) sehingga naik bau dan bila sudah naik bau dan
kekuningan, masukkan perut yg sudah dihiris tadi.


4) Masak sehingga mendidih, bila bahan2 td sudah merap ke dalam
perut, masukkan pula santan. Biarkan mendidih
seketika

5) Masukkan serai yg diketuk dan daun limau purut supaya naik bau yg
wangi


6) Sedia dihidang


Selamat menjamu selera

Sup Tulang Special...


Salam dan ceria selalu,

Ni menu pertama fiza iaitu sup tulang. Fiza selalu jugak masak masakan ni sebab fiza dan hubby memang suka makan sup tak kiralah nasi sup, mee sup atau bihun sup. Ape2 yg berkaitan dengan sup tulang memang digemari oleh kami. Almaklumlah fiza ni asalnye dari kelantan dan hubby plak dari kedah...kalo di kelantan setiap kali musim hari raya haji, memang cukup meriah dengan aktiviti korban. Biasa daging dan tulang selalu dibuat sup. Kat Kedah pulak popular dengan bihun sup kedah. Setiap kali pulang ke Kedah, memang fiza takkan lepaskan peluang makan bihun sup ni. Kla, kat bawah ni ramuannye yg fiza share ngn kawan2.

Ramuan2nye:

1) Tulang rusuk
2) Perencah sup adabi
3) Bawang putih
4) Halia
5) Ubi Kentang

6) Daun sup & daun bawang

7) Garam dan bahan perasa
8) Bawang goreng (hiasan)
9) Cili Padi (hiasan)

10) Limau nipis(hiasan)

Cara-cara:

1) Tulang rusuk direbus sehingga empuk

2) Tumis perencah sup dan bahan2 rempah seperti bawang putih, kulit kayu keras dan bunga cengkih sehingga naik bau dan bila tulang sudah empuk, masukkan bahan2 td ke dalam periuk tulang.


3) Biarkan seketika sehingga bahan2 itu meresap ke dalam tulang

4) Masukkan ubi kentang dan biarkan sup mendidih sehingga tulang dan ubi kentang empuk


5) Masukkan garam dan bahan perasa

6) Apabila d=sudah masak, hiaskan dengan bawang goreng, daun sup & daun bawang, cili padi dan limau nipis.



Selamat menjamu selera

Welcome to my blog...:)


Salam,

Selamat datang ke blog fiza yg tak seberapa ni. Wujudnyer blog ini sebenarnye adalah disebabkan hobi memasak dan ingin berkongsi masakan bersama dengan rakan2 online. Fiza bukanlah seorang yg expert memasak tetapi fiza suka mencuba dan minat melihat apa2 saja yg melibatkan masakan, samada di televisyen, internet atau kat mane saja. Masakan yg fiza selalu masak kebanyakannyer masakan melayu dan kalo masakan barat pun chicken chop jela kot. Hehehe. Teringin jugak nak blaja buat kek dan kuih muih tetapi x banyak kesempatan lagi setakat ini.Tapi fiza nekad yg fiza akan buat jugak nanti. Lagipun kat rumah fiza suami dan anak2 tak suka sgt makan kuih, tu sebab fiza pun jadi agak malasss. Tak elok kan. Okla, byk pulak coloteh fiza ni. Fiza harap sesiapa saje yg mengunjungi blog ini nanti dpt berkongsi idea dgn fiza utk memantopkan lagi masakan fiza ni. Sekian dulu dari fiza, dan jumpe lagi. :)