Wednesday, July 20, 2011

Pengat Ubi Keledek...

Akum semua,

Ini pula menu fiza untuk buka puasa semalam. Sebenarnye dah lame ubi keledek ni dibeli tp duk tersadai jela kat dapur tu. Semalam barulah terasa nak buat. Sedap juga bila sekali sekala makan. Nak buat pun bukannye susah sangat. Cuma bila betul rase nak makan barulah fiza buat, kalo tak membazir jer.


Bahan2nye yer:

1. Ubi keledek
2. Santan
3. Gula melaka (manisan)
4. Daun pandan
5. Garam sedikit

Selamat mencuba

Roti Sardin...

Akum semua,


Roti sardin memang selalu juga fiza buat. Biasanye fiza buat untuk breakfast tp semalam rasa nak makan waktu petang pulak. Gambar yg diambil ni x berapa menarik sebab lupa nak amik awal2. Agak gelap sedikit.


Nak buat roti sardin ni cukup senang, masak jer sardin macam biasa cuma tambah carrot(dadu) dan bawang besar dan merah (dadu). Kalo nak pedas letak cili, tp fiza tak letak sebab nati anak x boleh makan. Kla, di bawah bahan2nye yer.


Bahan2:
1. Roti sandwic
2. Sardin
3. Bawang merah, besar(dadu)
4. Carrot(dadu)
5. Garam, gula
6. Telur ( Untuk celup roti yg dah digulung)


Selamat mencuba

Mee Goreng Separa Basah....

Akum,


Ini pula mee goreng yg fiza buat petang kelmarin dulu. Sebenarnye fiza duk tgok channel food asia kat tv. Terasa terliurla la plak. Emmm, sebab xtau nak masak ape, terpikirla plak ada sepaket mee dalam peti ais. Sementara iklan tu, fiza buatla, sekejap jer buat ni, dalam 10 minit dah siap rasenye. Sebab semua bahan2 dah ada. Tp simple jela xde hiasan apepun. Bleh dimakan sambil menonton tv. Anak plak tidur, syoknye. Hehehe

Di bawah ni bahan2nye yer:

1. Mee kuning sepaket
2. Bawang putih
3. Cili padi
4. Sayur kangkung
5. Daging dan sotong
6. Bawang goreng
7. Limau nipis
8. Sos cili
9. Kicap
10. Garam, gula dan bahan perasa

Siap. Selamat menjamu selera

Laksa Penang Kak Jah...

Akum semua,

Ini pula menu berbuka puasa pada nisfu syaaban. Disebabkan terasa sangat nak makan laksa penang untuk berbuka, fiza pun pg ke pasar dan beli bahan2. Bukan main banyak lagi fiza buat sebab ingatkan nak pegi anta kat adik di asrama tp tak jadi plak sebab letih selepas berbuka puasa.



Inilah hasilnye. Fiza tak letak banyak hiasan macam nenas dan bawang sebab tak suka. Fiza letak cili, telur dgn salad jer.


Di bawah bahan2nye:

1. Sekilo ikan selayang
2. Laksa silat
3. Bawang merah, putih dan bawang besar*
4. Cili kering, cili besar dan cili padi *
5. Buah tomato 2 biji *
6. Daun kesum
7. Bunga kantan
8. Asam keping
9. Garam, gula dan bahan perasa

Hiasan
1. Salad
2. Telur
3. Cili besar
4. Bawang besar
5. Nenas

*= perlu dikisar
Selamat mencuba

Nasi Himpit Kuah Kacang Berayam...

Akum semua,


Ini adalah menu kegemaran suami sebab mak mertua selalu buat menu time raye. Jadi fiza saja gatal tangan buat menu ni untuk makan malam sebab tak nak makan nasi. Selalu sangat makan nasi boring jugak.

 Maafla yer sebab nasi himpit ni x berapa mampat. Taktaula biasa fiza guna yang adabi ok tp kali ni guna jenama lain, x berapa ok plak. Nasinye bukan jenis lembut, tu yg jadi mcm tu. Bukan main lame dah rebusnye tp tetap jd mcm tu. Kla, di bawah ni resepinye yer.

Bahan2nye:
1. Ayam dipotong kecil
2. Bawang merah dan bawang besar
3. Lengkuas
4. Serai
5. Cili Kering
6. Santan
7. Kacang
8. Garam dan gula

Cubala, mesti tak menyesal. Hehehe

Cekodok Sardin...

Akum semua,

Ini pula cekodok sardin juga resepinye fiza amik dari blog  mama. Tq mama. Sedap juga dimakan di waktu petang. Kebetulan adik dan kawannye datang rumah, sajikan terusla cekodok sardin ni.




Kalo dimakan bersama air teh panas memang sedap. Sesiapa pun boleh mencuba sebab senang jer nak buatnye.

Pancake...

Akum semua,


Ini pula pancake yg dibuat pada sebelah petang, asalnye anak mintak waffle. Tp buat jela kat umah, malas nak keluar p beli. Jadi tak jadi cerita lain sebab ni first time buat. Bleh fiza tumpang sekaki. Hehehe


 Ni fiza letak kaya sb coklat dah habis. Anak sukakan coklat, jadinye petang tu anak makan sikit jela. Fizala yg tolong habiskannye. Ummm...kenyang. Di makan bersama air kopi panas2. Resepinye fiza amik dari blog mama. Fiza x ingat alamat blognye, nati fiza letak k. Tq mama.

Puding Pandan...

Akum semua,

Ini pula puding pandan. Asalnye fiza nak buat dua lapis tapi sebab kalut dgn anak2, selapis jela jadinye. Huhuhu


Kat bawah setelah dihiris

Tuesday, July 19, 2011

Puding Roti...

Akum semua,

Ini rasenya entry fiza yg pertama untuk puding. Almaklumla fiza ni malas sikit nak buat menu ni tp bila tengok blog mama, fiza tertarikla plak dengan menu puding ni. Jadi fiza try buatla. Rasanye boleh tahan jugak sedapnye.

Inilaa keadaannye sebelum disejukkan.



 Cara potong agak kurang menarik sebabnye fiza xde pisau untuk hiris puding. So tak cantik  sangatla, tp xpe yg penting rasenya sedap. Hehehe
Untuk bahan2nye kawan2 semua boleh rujuk blog mama yer.

Gulai Kuning Udang...

Akum,

Ini pula gulai kuning udang, menu ini selalu jugak fiza masak. Tp fiza hanya gunakan udang laut jer sb udang laut lebih manis rasanye berbanding udang bela. Bila masak, kulitnye pun lebis keras dan senang untuk dikupas.


Cara2 memasaknye seperti masak lemak ketam seperti entry fiza yg lepas. Disini fiza letak bahan2nye

Bahan2:
1. Sekilo udang laut sederhana besar( kalo besar lagi sedap)
2. Bawang merah, putih
3. Cili kisar
4. Lengkuas
5. Cili padi
6. Kunyit hidup
7. Santan
8. Asam keping
9. Garam, gula dan bahan perasa

Ikan Sardin Jazimin...

Akum...

Ini pula menu untuk anak2 fiza. Mereka ni cukup suka makan nasi berlaukkan ikan sardin. Memang bagus sebab ikan sardin ada byk omega 3. Jadi untuk entry kali fiza masukkan jugakla menu kegemaran anak2 walaupun ianya hanya makanan biasa kan.


Biasanya fiza akan tumis bawang dengan cili kering kisar, bukan ape ia boleh hilangkan rasa hanyir pd ikan sardin dan rasenye agak berbeza.

Bahan2:
1. Satu tin ikan sardin
2. Bawang merah, putih dan bawang besar
3. Cili kering kisar
4. Cili besar
5. Sos cili
6. sos tiram
7. Garam dan serbuk perasa

Kubis Goreng...

Akum semua,

Ini pula menu sayur untuk kali ni iaitu kubis goreng dengan telur. Selalu jugak fiza buat menu ni. Ni ala2 masakan kampungla kan.


Bahan2nye:
1. Kubis dihiris nipis
2. Telur sebiji
3. Bawang merah dan bawang putih
4. Bawang besar
5. Cili besar
6. Kunyit
7. Garam dan bahan perasa

Ikan Parang Berkentang....

Akum semua,

Entry kali ni banyak yg goreng2 jer. Ini pulak ikan parang goreng berkentang. Ikan ni banyak tulang, jadi memang kena berhati2 la semasa makan. Fiza suka goreng dengan kentang dan adakala fiza letak buah belimbing buluh, sedap juga.


Bahan2:
1. Seekor ikan parang
2. Bawang besar
3. Cili besar
4. Ubi kentang digoreng nipis
5. Garam dan bahan perasa

Pajeri Nenas....

Akum semua,

Ini pula masakan yg jarang2 fiza buat sebab menu ni bukan menu kegemaran family fiza. Hanya fiza jer yg makan.


Kalo di kampung, family fiza terutama mak memang suka pajeri nenas ni, cuma family kecil fiza je x berapa gemar tp kalo sekali sekala makan, sedap jugak.

Bahan2:
1. Nenas dipotong nipis
2. Santan
3. Serbuk kari
4. Cili kering
5. Bawang merah
6. Rempah ratus

Bilis Goreng Berkentang....

Akum semua,


Ini pula menu kegemaran fiza, biasanye kalo letak tempe lagi sedap tp disebabkan xde tempe fiza letak apa yg ada jer.

Masakan ni kalo dimakan dengan nasi yg panas2, memang menyelerakan. Kla, dibawah bahan2nye k.

Bahan2:
1. Ubi kentang dipotong nipis
2. Bawang merah dan bawang besar
3. Ikan bilis
4. Cili kering
5. Kacang
6. Garam dan bahan perasa

Telur Kicap Bersos....

Assalamualaikum....

Hari ni barulah ada kelapangan dan terasa nak bukak blog. Banyak jugakla nak entry hari ni, makanannye semuane simple2 jer. Kla, Ini menu yg paling ringkas, disebabkan anak fiza suka makan, fiza entry jugakla. Hehehe


Rase mcm malula plak nak share resepi ni sebab terlalu ringkas. Cuma tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar dan cili besar. Letakkan garam dan perasa, then taburkan saja atas telur bersama kicap dan sos. Siap. Senang bangat. hahaha