Thursday, June 30, 2011

Kangkung Goreng Belacan...

Akum semua,

    Ini pula menu sayur untuk kali ini iaitu kangkung goreng belacan. Ini antara menu sayur kegemaran jugakla. Lihatla pict di bawah ni.


Kalo pegi makan di mana2 restoran selain menu kailan ikan masin, menu inilah yg selalu jd pilihan. Cara membuatnye senang jer. Sape2 pun boleh cuba

Bahan2nye:

1. Kangkung seikat
2. Bawang putih dan bawang merah
3. cili padi
4. Buah tomato
5. Ikan bilis
6. Belacan
7. Garam dan sedikit perasa

Selamat mencuba

Telur Masak Sambal...

Akum semua,

         Ini pula menu yg dimasak tengahari semalam. Kebetulan adik dan hubby dia datang rumah, xde idea nak masak ape, jadi antara menunye ialah telur sambal  ni. Resepi ni sy amik dari blog kak ani. Sedap jugak dimakan dgn nasi panas2. Biasanye sebelum ni sy selalu goreng dahulu telur dan bila masak tumis baru sy campurkan semuanye tp yg ini lain sedikit sebab kena pecahkan telur dalam tumis tu. kalo dlm blog kak ani tu 'telur pecah dalam' kot namanye.Tq kak ani. Sedapla. Hehehe



Bahan2nye:

1. Telur
2. Cili kering dikisar
3. Sos cili
4. Manisan ( ubah sikit- biasa letak gula)
5. Garam
6. Perasa

Selamat mencuba

Roti Jala Kari Ayam...

Akum semua,

Tiba2 je rasa nak buat roti jala. First time sebenarnye cuba buat ni. Kari ayam tu selalu buat. Kalo ikutkan nak buat ayam masak kuzi tp bahan2nye pula takde kat rumah. Jadi decide buat kari ayam jela. hubby cukup suka makan dgn kuah kuzi, kalo balik raye kt kampung, siap tempah lagi daripada mak angkat. Emmm, walaupun hajat blum kesampaian tp resepi ini dulula yg menjadi santapan.

Pastu, yg kelakarnye alat nak buat roti jala tu xde, carila idea buat dgn benda lain tp tengokla hasilnye x berapa menjadi. Nasi baik cik hubby pegi beli lepas tu tp lupala plak nk snap gmbr roti jala yg elok tu. Takpela kita tunjuk yg ini jela dulu. Hehehe

Bahan2nye:

Roti Jala
1. Tepung gandum
2. Air
3. Garam

Kari Ayam
1. Bawang putih, bawang merah
2. Cili kering
3. Rempah kasar dan rempah kari ayam/daging
4. Daun kari
5. Santan
6. Kunyit dan lengkuas
7. Kerisik

Selamat mencuba

Nasi Air Kegemaranku...

Akum,

Ini pula antara makanan favourite la kalau tak de selera nak makan nasi. Biasanye dimakan waktu petang atau malam. 


Dulu selalu beli kat kedai je tp bila dah buat sendiri, terus jadi tak nak makan yg kedai punyer. Bkn nak ckp yg sendiri sedap ke ape cuma bila buat sendiri, ia mengikut selera kita dan siap boleh tambah sesuka rase. Hehehehe

Bahan2nye:

1. Nasi dimasak hgga jd bubur
2. Sup bunjut
3. Bawang putih
4. Ayam, ikan masin, telur masin
5. Bawang goreng
6. Daun sup dan daun bawang
7. Cili padi

Bubur Jagung Manis....

Akum semua,

Waktu petang yg terluang ni bolehla jari jemari ni menekan keyboard sementara si puteri sedang lena diulik mimpi. Kalo tidak takkan bolehnye...hanya melayan kerenahnya jela. Kla, menu ni jarang2 dibuat sebabnye hanya tuan hamba sorang je yg makan. Huhuhu. Selera org timur...mesti manis. :)


Ni kalo dicicah dengan roti pun sedap jugak. Nak buatnye cukup simple. Cubala

Bahan2:
1. Jagung madu
2. Santan
3. Gula melaka/ manisan
4. Daun pandan
5. Sedikit garam

Sunday, June 26, 2011

Cik mek molek...

Salam,

Ini pula kuih cik mek molek tp tak berapa molek sangat...huhuhu. Almaklumla first time cuba. Selalu duk makan yang mak buat jer, kali ni baru buat sendiri. Masa buat ni tak guna ubi keledek, tp guna ubi kentang sb  tak keluar hari tu. Rupanye tak berapa menarik tp rasenya lebih kurang jer dgn beli kat kedai...hehehe.


Bahan2nye:
1. Ubi keledek atau ubi kentang
2. Marjerin
3. Tepung gandum
4. Gula

Bubur kacang...

Salam, Ini pula menu utk minum petang. Selalunye bubur kacang ni fiza campurkan dgn durian tp kali ni fiza buat yg biasa jer. Biasanye dimakan bersam roti dan teh o panas. Best jugak dimakan sambil menonton tv.
Bahan2nye:

1. Kacang hijau
2. Sagu
3. Santan
4. Daun Pandan
5. Manisan
6. Garam

Kentang Masak Sambal...

Salam semua,

Ini pula menu lunch fiza sekeluarga. fiza ni suka masakan yg pedas dan manis. Jadi ini adalahh antara menu favourite fizala.

Bahan2nye:

1. Ubi kentang dipotong dan digoreng
2. Cili kering dikisar
3. bawang putih dan bawang merah
4. Ikan bilis
5. Kacang
6. Sos cili
7. Garam, gula dan bahan perasa

Selamat mencuba

Bihun Goreng Kering...

Salam,

Ini pula menu untuk breakfast. Fiza suka bihun goreng yg digoreng kering. selalu jugak fiza masak untuk family sekeluarga.

Gambar yg diambil ni tak berapa jelasla pulak, agak gelap tp takpe atleast menunya bergambar. Kla bahan2ye di bawah yer.

Bahan2

1. Bihun
2. Bawang putih
3. Cili padi dan cili kering dikisar
4. Lauk spt ayam, daging, sotong dan udang
5. Telur
6. Sayur sawi
7. Daun bawang
8. Bawang goreng
9. Sos cili
10. Kicap
11. Garam,gula dan bahan perasa

selamat mencuba

Ikan Celup Tepung...

salam semua,

Enty seterusnya ialah ikan celup tepung. Ini adalah antara menu kegemaran kami di waktu2 petang atau malam.

Biasanye ikan kembung menjadi ikan kegemaran untuk celup tepung.

Bahan2nye

1. Ikan kembung
2. Tepung gandum
3. Daun kucai
4. Telur
5. Serbuk kari ikan
6. Garam dan bahan perasa

Selamat mencuba

Sayur campur...

Salam,

Sayur campur ni biasenye dimasak jika tiada idea sgt nak masak sayur. Ianya simple dan mudah dimasak.
Bahan2nye:

1. Sayur campur
2. Tomato
3. Cili besar
4. Sotong
5. Sos tiram
6. Bawang putih
7. Garam dan bahan perasa

Selamat mencuba

Tomyam ayam...

Salam semua,

Menu ni sama macam sebelum ni cuma kali ni fiza buat tomyam ayam jer, bkn tomyam campur.

Bahan2nyer sama jer dgn tomyam yg fiza dh tuliskan k.
 Selamat mencuba

Hati Goreng Pedas Kicap...



Assalamualaikum semua,
Selamat kembali kawan2 internet. Biasala sy ni mcm chipsmore, sekejap ada sekejap xde. Tambah2 time cuti sekolah, mmg jarangla online. Kla, utk entry kali ni hati masak pedas kicap. Di bawah adalah bahan2nye yer.

Bahan2
1. Hati sekilo
2. Cili kering
3. Bawang merah, putih dan besar
4. Kicap
5. Sos tiram
6. Sos cili
7. Cili besar
8. Garam, gula dan bahan perasa
9. Kunyit

Pastikan hati yg diperap digoreng sehingga masak terlebih dahulu sebelum bahan2 lain dimasukkan.

Selamat mencuba