Tuesday, March 15, 2011

Kuih Rodok Telur...

Salam,

  Ini juga menu kuih yg fiza masak utk menu fiza kat rumah. Semuanye senang jer utk dimasak dan kuih ni juga fiza suka makan. Fiza selalu juga buat kuih ni dan yg terbaru, baru je dua hari lepas fiza buat kuih ni. Gambar yg fiza snap ni dh lame sb kuih yg baru buat lupa plak utk di snap sb ada hal. Hehehe. Kuih ni kalo nak bagi ia lg sedap, telurnye perlu di kacau lame sedikit. Barulah ia kembang. Apa2pun time puase nati blehla sape2 mencuba buat kuih ni. Tak rugi mencuba kan.

Bahan2

1. Telur
2. Gula melaka
3. Bunga cengkih

Cara2
1. Pukul semua bahan2 tadi hgga kembang
2. Tuang dalam loyang dan kukus

Ketupat Sotong...


Salam semua,

Ketupat sotong adalah antara menu kegemaran fiza. Tp dah lame jugakla fiza tak masak menu ni. Kali ni kuah yg fiza masak takla terlalu gelap sebab fiza tak letak byk sgt gula melaka. Sbnye hubby tak suka manis sgt. Kalo ikutkan, mmg fiza suka manis, biasala org Kelantan katakan. hehehe. Kla, dibawah ni bahan2nye yer

Bahan2

1. Sotong sederhana besar
2. Santan
3. Gula melaka
4. Beras pulut
5. Asam gelugor
6. Serai
7. Bawang putih
8. Lidi utk cucuk sotong
9. Garam

Cara2

1. Masukkan beras pulut ke dalam sotong. Cucuk dgn lidi. Rebus sotong hgga masak. Toskan airnye
2. Masukkan santan bersama dgn bawang putih, asam gelugor, serai, gula melaka dan garam.
3. Biarkan mendidih sehingga pekat.
4. Masukkan sotong td ke dalam kuah yg disediakan. Biarkan mesra seketika.
6. Sedia dihidangkan

Selamat mencuba.

Sang Gupal....

 Salam,

Ini adalah antara kuih yg fiza gemari. Tak  tahulah betul ke tidak fiza tulis title tu, tp org pggil kuih sanggupal la kot. Cara nak membuatnye cukup mudah. Sape2 pun boleh mencubanye.

Bahan2

1. Sagu
2. Santan
3. Daun pandan
4. Halba
5. Gula melaka
6. Halia
7. Garam

Cara2
1. Rebus sagu dgn air hgga sagu mengembang. Biarkan sejuk. Bila sejuk, potong dadu. Letakkan halba di dalamnye
2. Masukkan santan, daun pandan, halia, gula melaka dan garam di dalam periuk. Biarkan hingga mendidih dan pekat
3. Masukkan sagu. Biarkan mesra sebentar dan sedia dihidang

Tepung Kusu...

Salam,

Ini adalah menu petang bagi fiza sekeluarga. Fiza ni tak pandai sangat buat kuih muih ni tp sekadar mencuba la katakan. Setakat utk dimakan ngn family tu bolehla. Kla, di bawah ni bahan2nye yer.

Bahan2

Bahan A
1. Gula pasir
2. Gula melaka
3. Daun pandan
4. Air

Bahan B
1. Kapur makan
2. Tepung gandum
3. Kelapa parut
4. Garam

Cara2

1. Masak bahan A hgga masak. Biarkan sejuk
2. Bila dah sejuk, gaul bersama tepung gandum dan kapur. Lepas tu tapiskan
3. Masukkan dlm loyang dan kukus hgga masak.
4. Gaul kelapa muda dgn sedikit garam
5. Sedia dimakan bersama kelapa td




Udang Goreng Kunyit...

Salam,

Menu ini teramatla ringkas tp fiza share jugakla sb dh nama pun ' My menu at home' kan. Hehehe


Bahan2

1. Udang segar sederhana besar
2. Bawang merah, bawang putih
3. Kunyit
4. Bawang besar
5. Cili besar
6. Garam dan serbuk perasa

Cara2nye cukup senang, rasenye semua orang tahu. Jd fiza x tulis la kat sini.

Ikan Masak Kicap...

Salam,

Ini pula menu yg selalu juga fiza masak. Almaklumla senang nak dibuatnye. hehehe


Bahan2
1. Ikan kembung
2. Bawang merah, bawang putih
3. Bawang besar
4. Cili besar
5. Kicap pekat manis
6. Sos cili
7. Halia
8. Garam dan serbuk perasa

Cara2
1. Perap ikan dgn garam dan sedikit kunyit. Goreng hgga masak. Ketepikan
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hgga naik bau.
3. Masukkan kicap dan sos cili. Biarkan mendidih. Masukkan bawang besar dan cili besar yg dihiris. Masukkan garam dan serbuk perasa
4. Masukkan ikan dan gaul rata.
5. Sedia dihidang

Daging Masak Hitam

Salam semua,

Ini pula menu yg fiza masak beberapa hari lepas. Suami cukup sukakan menu ini. Cara menyediakannye takla rumit sangat.

Di bawah ni adalah bahan2 dan cara2 membuatnye

Bahan2

1. Daging lembu dipotong kecil
2. Bawang merah
3. Halia
4. Kicap pekat manis
5. Serai
6. Bawang besar
7. Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
8. Garam dan gula

Cara2

1. Perap daging bersama halia, bawang merah yg dikisar bersama kicap pekat manis. Perap lama lagi sedap
2. Tumis bahan2 no 7 hingga wangi. Selepas itu masukkan halia dan bawang merah yg dikisar. Kacau hingga wangi
3. Masukkan daging yg diperap td. Kacau hingga masak daging.
4. Masukkan bawang besar, garam dan gula secukupnye. Biarkan sehingga kering. Sedia dihidangkan bersama nasi panas

Ikan Percik...

Salam semua,


Bertemu kembali yer setelah menyepi sekejap. Kali ni fiza nak share resepi ni ngn kawan2 online semua. Resepi yg tak seberapa pun sebenarnye. hehehe.




Bahan2nye:


1. Ikan kembung
2. Santan pekat
3. Bawang merah dan bawang putih
4. Serai
5. Cili kering
6. Halia
7. Garam dan gula secukup rasa


Cara2


1. Perap ikan dgn garam dan halia. Then panggang ikan hingga masak
2. Masukkan santan, bawang merah dan bawang putih yg ditumbuk, cili kering dikisar dan halia ke dalam periuk.
3. Masukkan serai yg diketuk. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan kuah menjadi pekat.
4. Seterusnya salut pada ikan yg dipanggang tadi dan panggang lagi sekejap. Sedia dihidang