Monday, August 9, 2010

Sup Ayam...

Salam,

Ini pula menu sup ayam. Biasanye fiza masak sup ayam utk lunch atau dinner. Setiap org mempunyai cara yg berbeza dlm menyediakan sup ayam ni. Terpulang kepada citarasa masing2 kan. Yg penting rasenya mesti mau enak. Hehehe.

Bahan-bahannye:

1) Ayam dipotong kecil
2) Bawang putih
3) Sup bunjut
4) Rempah sup
5) Halia
6) Daun sup dan daun bawang
7) Bawang goreng
8) Ubi kentang
9) Asam limau
10) Cili padi
11) Garam dan bahan perasa

Selamat mencuba

Kubis Goreng Berlauk...

Salam, 

Ini pula sayur kubis goreng. Menu ini pun sama jgk dgn sotong goreng kunyit, cukup simple dan senang dimasak. Cuma terpulang kepada individu samaada rajin ataupun malas, itu jer. Hehehe. Kla, masakan ni rasenye semua org boleh buat, jd x perlu fiza letakkan bahan2nye k.

Sotong Goreng Kunyit...

Salam,

Menu fiza yg seterusnye ialah sotong goreng kunyit. Cukup simple coz utk dua orang jer, so fza just masak yg simple2 je. Bagi sesiapa yg sentiasa busy dan slalu nak cepat, bolehla mencuba masakan ni. Ianya cukup ringkas dan sedap dimakan bersama nasi yg panas2.

Bahan-bahannye :

1) Sotong jarum sederhana besar ( dipotong )
2) Bawang putih dan bawang merah
3) Cili besar hijau atau merah
4) Kunyit  ( lagi sedap kalo gunakan kunyit hidup)
5) Garam dan bahan perasa

Selamat mencuba

Sunday, August 8, 2010

Kuih Sagu...

Salam,

  Kali ni fiza nak share menu kuih plak. Kuih ni fiza suka makan terutama pada waktu pagi. Mggu lepas fiza ada suruh hubby beli kuih ni kat kedai jer sb malas nak buat tp kebetulan la plak kuih ni x ade. Jd disebabkan frust, keesokannye fiza buat sendiri jer kuih sagu ni. Senang jer nak buat kuih ni. Biasa org buat color merah tp fiza plak buat color hijau sb pewarna merah dah habisla plak yg tggal hanye pewarna hijau jer. Bolehla janji ada color kan. Bila buat sendiri ni, makan smpai x habisla pulak, tp xpe boleh letak dlm peti ais jer, esok bleh dimakan lagi.

Monday, August 2, 2010

Maggie Goreng Sedappp....





Salam,

Ini pula menu supper fiza. Selepas dinner, duk relax tgok tv, trase laparla pulak. Lantas, pegi dapur goreng mee sedapp...goreng express jer. Janji sedap dan enak dimakan. Hubby pun suka. Bolehla tu. Hehehe. Bahan2nyer ckup simple. Smua org boleh buat ni. Cuba yer

Selamat menjamu selera

Ayam Gulai Raja Berangkat...



Salam dan ceria2 selalu,

Hari ni fiza nak n3 menu fiza yg seterusnye iaitu ayam gulai. Dulu ingat ada sorang kawan dari Terengganu ada bagitau makna "raja berangkat", katanye sb gulai yg dimasak tu bahan2nye dimasuk2 kan semua ke dalam periuk. Kalo dialek Ganu, main campak2 jer semua. Itulah kot maksudnye, fiza pun x pasti sgt. Kla, ayam gulai ni kalo kat Kelantan, biasa org buat nasi berlauk pagi2. Fiza cukup suka tambah2 kalo time balik kampung. Gulainya tak sama dgn gulai2 yg biasa dimakan kat kedai. Jd, disini fiza berkongsi resepi ngn kawan2. Sape yg suka amikla k.


Bahan-bahannye:

1)Ayam yg telah dipotong
2)Bawang putih seulas & bawang merah
3)Cili kering
4)Kunyit
5)Lengkuas
6)Rempah
7)Serbuk kari daging/ayam
8)Santan
9)Kerisik
10)Garam & gula

Selamat mencuba