Tuesday, December 13, 2011

Kek Coklat Kukus...

Akum,




one slice

Ini pulak menu yg baru dibuat petang td sebenarnya. Takpela entry menu ni dulula yer. Hehehe. Resepi ni dh ada lame dah tp hari ni baru rajin nak membuatnye. Kebetulan adik dan anak buah ada kat umah, tu yg buat sebab ada org yg makan. Kalo harapkan fiza,hubby ngn anak,memang tak habisnye makan sb x gemar sgt makan kek ni sebenarnye. Setakat satu slice tu bolehla.



dalam kukusan lagi
Picture kat atas ni yg sebelum diletak topping nye. 

Resepinye fiza amik dlm internet jer.

Bahan A
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

* Semua bahan di atas dimasak di atas api sederhana. Bila dh sebati. sejukkan ia terlebih dahulu k

Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu baking powder

* ayak dulu yer semuanye ni

Bahan C

4 biji telur di blend

Seterusnya gabungkan bahan B dan C. Bila dah sebati,campur dgn bahan A. Then kukus selama satu jam atau sampai masak k. Cubalah



Bihun Goreng For Breakfast...

Akum semua,



Ini pula menu yg fiza selalu jugakla buat utk breakfast selain daripada mee goreng. Anak2 pun sukalah jugak makan.Ianya simple jer utk kitaorang  bereempat. hehehe

Resepi:

1.Bihun sebungkus
2.Lauk- daging,sotong dan udang
3.Bawang putih
4.Cili kering
5.Cili padi
6. Sos cili
7. Kicap
8. Gula,garam dan bahan perasa

p/s no 3 hingga no 5 hendaklah dikisar

* kalo nak basah, letakkan air lebih sedikit

Selamat mencuba

Kek Coklat For My Kids...

Salam semua,

 
    
Sebenarnye banyak menu yg telah dibuat cuma tak sempat nak entry dlm blog kesayangan ni. Kla, kali ni insyaallah fiza akan berkongsi yer. Ok utk kali ni fiza nak share kek coklat yg fiza buat utk anak2 fiza ni. Saje2 nak try buat sendiri sb selalunye main beli kat kedai kek jer.

Nak buatnye takla susah sangat tp perlukan kesabaran jela kan.

Wednesday, July 20, 2011

Pengat Ubi Keledek...

Akum semua,

Ini pula menu fiza untuk buka puasa semalam. Sebenarnye dah lame ubi keledek ni dibeli tp duk tersadai jela kat dapur tu. Semalam barulah terasa nak buat. Sedap juga bila sekali sekala makan. Nak buat pun bukannye susah sangat. Cuma bila betul rase nak makan barulah fiza buat, kalo tak membazir jer.


Bahan2nye yer:

1. Ubi keledek
2. Santan
3. Gula melaka (manisan)
4. Daun pandan
5. Garam sedikit

Selamat mencuba

Roti Sardin...

Akum semua,


Roti sardin memang selalu juga fiza buat. Biasanye fiza buat untuk breakfast tp semalam rasa nak makan waktu petang pulak. Gambar yg diambil ni x berapa menarik sebab lupa nak amik awal2. Agak gelap sedikit.


Nak buat roti sardin ni cukup senang, masak jer sardin macam biasa cuma tambah carrot(dadu) dan bawang besar dan merah (dadu). Kalo nak pedas letak cili, tp fiza tak letak sebab nati anak x boleh makan. Kla, di bawah bahan2nye yer.


Bahan2:
1. Roti sandwic
2. Sardin
3. Bawang merah, besar(dadu)
4. Carrot(dadu)
5. Garam, gula
6. Telur ( Untuk celup roti yg dah digulung)


Selamat mencuba

Mee Goreng Separa Basah....

Akum,


Ini pula mee goreng yg fiza buat petang kelmarin dulu. Sebenarnye fiza duk tgok channel food asia kat tv. Terasa terliurla la plak. Emmm, sebab xtau nak masak ape, terpikirla plak ada sepaket mee dalam peti ais. Sementara iklan tu, fiza buatla, sekejap jer buat ni, dalam 10 minit dah siap rasenye. Sebab semua bahan2 dah ada. Tp simple jela xde hiasan apepun. Bleh dimakan sambil menonton tv. Anak plak tidur, syoknye. Hehehe

Di bawah ni bahan2nye yer:

1. Mee kuning sepaket
2. Bawang putih
3. Cili padi
4. Sayur kangkung
5. Daging dan sotong
6. Bawang goreng
7. Limau nipis
8. Sos cili
9. Kicap
10. Garam, gula dan bahan perasa

Siap. Selamat menjamu selera

Laksa Penang Kak Jah...

Akum semua,

Ini pula menu berbuka puasa pada nisfu syaaban. Disebabkan terasa sangat nak makan laksa penang untuk berbuka, fiza pun pg ke pasar dan beli bahan2. Bukan main banyak lagi fiza buat sebab ingatkan nak pegi anta kat adik di asrama tp tak jadi plak sebab letih selepas berbuka puasa.



Inilah hasilnye. Fiza tak letak banyak hiasan macam nenas dan bawang sebab tak suka. Fiza letak cili, telur dgn salad jer.


Di bawah bahan2nye:

1. Sekilo ikan selayang
2. Laksa silat
3. Bawang merah, putih dan bawang besar*
4. Cili kering, cili besar dan cili padi *
5. Buah tomato 2 biji *
6. Daun kesum
7. Bunga kantan
8. Asam keping
9. Garam, gula dan bahan perasa

Hiasan
1. Salad
2. Telur
3. Cili besar
4. Bawang besar
5. Nenas

*= perlu dikisar
Selamat mencuba