Wednesday, July 20, 2011

Laksa Penang Kak Jah...

Akum semua,

Ini pula menu berbuka puasa pada nisfu syaaban. Disebabkan terasa sangat nak makan laksa penang untuk berbuka, fiza pun pg ke pasar dan beli bahan2. Bukan main banyak lagi fiza buat sebab ingatkan nak pegi anta kat adik di asrama tp tak jadi plak sebab letih selepas berbuka puasa.



Inilah hasilnye. Fiza tak letak banyak hiasan macam nenas dan bawang sebab tak suka. Fiza letak cili, telur dgn salad jer.


Di bawah bahan2nye:

1. Sekilo ikan selayang
2. Laksa silat
3. Bawang merah, putih dan bawang besar*
4. Cili kering, cili besar dan cili padi *
5. Buah tomato 2 biji *
6. Daun kesum
7. Bunga kantan
8. Asam keping
9. Garam, gula dan bahan perasa

Hiasan
1. Salad
2. Telur
3. Cili besar
4. Bawang besar
5. Nenas

*= perlu dikisar
Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment