Tuesday, July 27, 2010

Ayam Masak Lemak Kuning...


Salam ceria semua :)

Hari ni fiza nak share menu fiza yg seterusnye iaitu ayam masak gulai lemak kuning. Menu ni fiza blajar dari mak mertua fiza. Mak mertua fiza orang Kedah,fiza pulak orang Kelantan, jadi bolehla berkongsi idea memasak tu sb berlainan negeri kan. Kalo asyik cuba masakan sendiri pun boring jugak kan. Okla, kat bawah ni resepi utk menu fiza k. Sesiapa berminat bolehla mencuba. Free jer. Hehehe


Bahan-bahannye:

1) Ayam seekor
2) Bawang putih dan bawang merah
3) Lengkuas
4) Serai
5) Cili kering dan cili padi
6) Halia
7) Daun limau purut
8) Santan
9) Garam, gula dan bahan perasa
10) Asam keping

Cara-caranye:

1) Blend semua bahan dari 2-6
2) Tumiskan bahan2 yg telah diblend
3) Masukkan ayam, dan letakkan garam, gula dan bahan perasa
4) Biarkan seketiika supaya bahan2 td meresap ke dlm ayam
5) Selepas itu masukkan pula santan. selepas itu masukkan asam keping dan daun limau
purut. Biarkan menggelegak seketika
6) Sedia utk dihidangkan bersama nasi putih


Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment