Sunday, July 25, 2010

Sup Tulang Special...


Salam dan ceria selalu,

Ni menu pertama fiza iaitu sup tulang. Fiza selalu jugak masak masakan ni sebab fiza dan hubby memang suka makan sup tak kiralah nasi sup, mee sup atau bihun sup. Ape2 yg berkaitan dengan sup tulang memang digemari oleh kami. Almaklumlah fiza ni asalnye dari kelantan dan hubby plak dari kedah...kalo di kelantan setiap kali musim hari raya haji, memang cukup meriah dengan aktiviti korban. Biasa daging dan tulang selalu dibuat sup. Kat Kedah pulak popular dengan bihun sup kedah. Setiap kali pulang ke Kedah, memang fiza takkan lepaskan peluang makan bihun sup ni. Kla, kat bawah ni ramuannye yg fiza share ngn kawan2.

Ramuan2nye:

1) Tulang rusuk
2) Perencah sup adabi
3) Bawang putih
4) Halia
5) Ubi Kentang

6) Daun sup & daun bawang

7) Garam dan bahan perasa
8) Bawang goreng (hiasan)
9) Cili Padi (hiasan)

10) Limau nipis(hiasan)

Cara-cara:

1) Tulang rusuk direbus sehingga empuk

2) Tumis perencah sup dan bahan2 rempah seperti bawang putih, kulit kayu keras dan bunga cengkih sehingga naik bau dan bila tulang sudah empuk, masukkan bahan2 td ke dalam periuk tulang.


3) Biarkan seketika sehingga bahan2 itu meresap ke dalam tulang

4) Masukkan ubi kentang dan biarkan sup mendidih sehingga tulang dan ubi kentang empuk


5) Masukkan garam dan bahan perasa

6) Apabila d=sudah masak, hiaskan dengan bawang goreng, daun sup & daun bawang, cili padi dan limau nipis.



Selamat menjamu selera

No comments:

Post a Comment