Tuesday, July 27, 2010

Ayam Masak Merah...


Salam ceria semua,

Ini pulak masakan yg fiza masak utk lunch menu. Menu ni slalu jugak fiza masak sb memang ia antara favourite kan. Seperti yg telah fiza bagitau sblum yg masakan pedas sering menjadi pilihan. Menu ini adalah antara menunya. Kla, di bawah resepinye k. Daaa

Bahan-bahannye:

1) Ayam seekor
2) Bawang putih dan bawang merah
3) Cili kering
4) Halia
5) Kunyit
6) Tomato
7) Bawang besar
8) Sos cili
9) Air asam jawa
10) Garam, gula dan bahan perasa

Cara-caranye:

1) Perap ayam dengan garam, bahan perasa dan kunyit. Selepas itu goreng ayam
2) Blend semua bahan2 dari 2-4
3) Tumis bahan2 yg telah diblend sehingga naik bau dan pecah minyak. Kena tumis biar
lama supaya cili kering yg dikisar betul2 masak
4) Masukkanpulak sos cili dan air asam jawa
5) Masak sehingga pecah minyak dan masukkan pulak bahan 10
6) Bila dah masak masukkan tomato dan bawang besar yg telah dihiris tebal
7) Last sekali masukkan ayam yg telah digoreng td dan gaulkan bersama sambal
8) Sedia utk dihidang

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment