Wednesday, July 28, 2010

Lala Masak Tumis Berserai..

Salam ceria semua,

Waktu2 petang macam ni memang buat fiza mengantuk, jd untuk menghilangkan rasa mengantuk ni lebih baik fiza post menu yg seterusnye ni. Menu tersebut seperti yg tertera pada title post iaitu Lala masak tumis berserai. Resepi seperti di bawah. Cuba jgn tak cuba. Sedappp


Bahan-bahannye:
1) Lala stgh sekilo
2) Bawang merah dan bawang putih
3) Serai
4) Cili kering 
5) Belacan
6) Air asam jawa
7) Garam, gula dan bahan perasa

Cara memasak:

1) Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus bersama cili 
   kering
2) Serai diketuk
3) Tumiskan bawang merah dan putih beserta cili kering yg telah 
   ditumbuk sehingga pecah minyak
4) Masukkan serai yg diketuk bersama dgn belacan dan air asam  
   jawa
5) Last skali masukkan lala dan bahan no 7. Biarkan seketika dan 
   sedia utk dihidangkan



No comments:

Post a Comment