Tuesday, July 27, 2010

Nasi Ayam Kak Jah...:)


Salam,

Ini pulak nasi ayam yg fiza masak tengahari semalam. Nasi ayam ni tak susah utk dimasak. Bg sesiapa yg agak malas nak masak banyak lauk, boleh mencuba buat nasi ayam ni. Sebab ia hanya satu lauk sahaja, tidaklah rumit utk menyediakannye. Okla, jgn lupa menyalin resepi fiza bg sesiapa yg berminat yer. Heheheh

Bahan-bahannye:

Nasi Ayam

1) Bawang putih
2) Kulit kayu keras, buah pelaga, bunga cengkih
3) Halia
4) Garam
5) Kuah sup ayam

Ayam

1) Ayam seekor
2) Bawang putih (perap)
3) Garam
4) Kicap (perap)
5) Kuah sup (perap)
6) Ayam digoreng atau dipanggang selepas diperap

Sup Ayam

1) Bawang putih
2) Halia
3) Perencah sup bunjut adabi

Sambal cili

1) Cili Besar
2) Limau nipis
3) Garam dan gula
4) Sedikit sup ayam ( semuanye blender bersama)

Kicap Tambahan

1) Kicap sos
2) Sup ayam
3) Bawang putih

Hiasan

1) Salad
2) Tomato
3) Timun

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera

No comments:

Post a Comment